Wednesday, January 7, 2009

Renung-renungkan..

Kepada teman2...especially ahli lembaga 3nakama..i would like to share this with all of u..aku rase ape yang disampaikan amat sesuai untuk dijadikan pengajaran dan jugak panduan pd diri kite...jadik korg renung-renungkanla...

Pertama:
Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya
Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:
Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang
lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa
Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar
jangkaan kita.

Ketiga:
Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat:
Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak
Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,menyegerakan solat, berkata-kata perkara
yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan..
Selamat Beramal..

No comments:

Post a Comment