Tuesday, January 13, 2009

Paling MALAS...

nak dijadikan cerite..pada masa dulu ada sebuah kampung di mana rakyatnya amat rajin, tidak ada yang malas.Jadi suatu hari rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang rakyatnya yang malas.semasa perhimpunan tersebut, seorang demi seorang rakyatnya mengaku bahwa mereka ni malas.Di antara dialog2 yang sempat dirakam:

Amat : Patik yang paling malas, tuanku.
Raja : Apa tahap kemalasan kamu?
Amat : kalau patik nak makan, ada org yang suapkan patik.

Tetiba datang seorang lelaki lagi.

"Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku."
Tuanku pun bertanya kepadanya.
"sampai mana pula tahap kemalasan kamu?"
maka jawabnya:"kalau patik makan pun, sampai ada org tolong kunyahkan.
Maka raja pun terdiam.Dalam hatinya berkata sendiri, betapa malasnya lelaki ini.Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya.
"Patiklah orang yang paling malas tuanku!" Raja pun bertanya:"Bagaimana pula tahap kemalasan kamu?"BUdak tu menjawab:" Nak Cerita pun MALAS."

1 comment: