Monday, January 5, 2009

iNfO....MaRi BeRFiKir..









BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN,ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIKDARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH.YANG SALAH IALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG.KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA YANG TERHINA,SEBENARNYA ORANG ITU YANG MENGHINA DIRINYA SENDIRI.


Tapi kebiasannya kita lihat, orang yang diam, atau berdiam diri selalu sahaja akan ditindas atau dia 'berkemungkinan' tidak mempunyai ramai kawan.Kebiasannya & selalunya orang yang peramah, yang pandai mengambil hati kawan-kawan dengan jenakan yang lucu atau pandai mengeluarkan jenaka yang spontan, akan lebih ramai kawan atau ramai orang akan tertarik untuk berkawan dengan mereka.


Tetapi lazimnya orang-orang sebegini la yang akan banyak melukakan hati kawan mereka tanpa mereka sedari. Apa ertinya sebuah persahabatan? Kawan ketika gembira? Kawan ketika sedih? Bukan mudah untuk mencari seorang sahabat sejati yang sanggup susah & senang bersama kita. Bukan mudah juga untuk mencari kawan yang betul-betul ikhlas berkawan dengan kita, & juga bukan mudah untuk mencari sahabat yang betul-betul memahami kita.Setiap daripada kita sudah dilahirkan & ditetapkan mempunyai kelebihan & kekurangan masing-masing. Semua manusia, & selagi manusia bergelar manusia, selagi itulah tidak akan lari dari melakukan kesilapan. Kita tidak perlu menghukum manusia atas apa pun kesilapan yang telah dilakukannya, kerana kita jugak manusia. Hanya Dia sahaja yang berhak untuk berbuat demikian. Memaafkan kesilapan orang lain adalah satu perbuatan yang sangat mulia.


Berpetik pada kata-kata Ustazah Siti Nurbaiyah pada ceramahnya di Kuantan 2004,salah satu cara untuk hati kita sentiasa tenang & bersih adalah dengan memaafkan segala perbuatan atau kesalahan orang lain sebelum tidur.Biar apa pun yang orang nak cakap pasal kita. Peduli kan mereka. Selagi apa yang kita buat kita rasa betul, selagi apa yang kita buat tidak melanggar hukum Agama, selagi apa yang kita buat tak tepesong dari akidah, & selagi apa yang kita buat tidak memalukan keluarga, saya rasa kita tidak perlu mendengar & mengambil peduli apa yang orang lain mahu memperkatakan tentang kita. Pedulikan mereka. Kalau teguran yang membina atau teguran yang membawa kepada kebaikan tu, janganlah kita buat tidak peduli jugak. Sebab ramai sekarang ni orang yang tidak senang tengok kesenangan orang lain.

No comments:

Post a Comment